Isu Niat & Pakaian

Isu niat solat

Semua ibadat - termasuk solat,puasa, zakat. etc hendaklah bermula dgn niat. Maka niat adalah perkara asas yg utama dan terpenting dlm proses ibadat. Memandangkan ia adalah perkara paling asas, maka sepatutnya ia juga adalah perkara paling mudah atau senang utk dilaksanakan. Kesukaran utk berniat dlm memulakan proses ibadat yg dihadapi oleh sesetangah atau mgkin kebanyakan org adalah berpunca drpd kekeliruan antara maksud niat dan melafazkan niat.

Niat adalah perbuatan atau urusan hati. Secara mudahnya, segala ibadat yg dibuat secara sedar atau disengajakan, bermakna ibadat itu dilakukan dgn niat. Melafaz niat adalah perbuatan mengucapkan atau melafazkan kata2 spt usolli fardu ….. atau nawaitu shoum… etc. Ini bukan erti niat yg sebenar. Sesetengah org kelihatannya spt sgt sukar utk berniat. Sehingga terpaksa mengulang-ulang niat. Ini sesuatu yg mustahil sebenarnya. Niat itu tidak sukar, yg menjadi sukarnya apabila mereka cuba utk mengatur perkataan atau maksud lafaz niat itu dlm hati mereka. Contohnya ketika mengangkat takbiratulihram “Allahuakbar”. Kesukaran timbul apb mereka cuba menyusun makna lafaz niat “sahaja aku solat fardu zuhur 4 rakaat kerana Allah Taala” itu di dlm hati seiring dgn lafaz “Allahuakbar”. Hal demikian mmg sukar dilakukan. Tetapi itu bkn niat spt yg dituntut oleh syarak. Niat itu hanyalah lintasan hati. Sesuatu pekerjaan yg dibuat secara sedar dan disengajakan sudah tentu si pelakunya mempunyai niat, walaupun dia tidak melafazkan niat tersebut. Cuba kita lihat 2 kes dibawah:

1) Saya menolak cawan yg berada diatas meja itu jatuh ke lantai.

2) Saya ingin mengambil sesuatu diatas meja, tetapi tangan saya tertolak cawan itu jatuh ke lantai.

Kes pertama adalah perbuatan yg disengajakan. Maknanya saya memecahkan cawan itu dgn niat – walaupun saya tidak melafazkan apa² ucapan. Kes kedua pula adalah perbuatan yg tidak disengajakan. Maknanya saya memecahkan cawan tanpa niat. Begitulah juga dlm hal ibadat. Jika kamu sengaja melakukan ibadat itu, maknanya kamu melakukannya dgn niat. Adalah sgt² mustahil seseorang mendakwa dia tidak mempunyai niat atau niat tidak masuk dlm hati, sedangkan dia sudahpun berdiri di atas sejadah dan berada di dlm saf – melainkan dia mengigau bangun berjalan ke tempat solat.

Sesetengah org mendakwa perlunya dihadirkan satu persatu makna niat itu dlm hati. Perlu dihadir dlm hati tentang jenis solat, bilangan rakaat dan utk siapa solat itu disembahkan. Sebenarnya otak kita mampu menggerakkan diri kita melakukan sesuatu dgn pantas, walaupun kita merasakan tindakan itu spt tidak melalui proses berfikir yg cukup. Contohnya begini; apabila kita ternampak nyamuk hinggap di lengan kiri, secara cepat kita akan menampar nyamuk itu dgn tgn kanan kita. Itu bkn perbuatan spontan tetapi perbuatan yg telah melalui proses berfikir yg cepat. Terlalu cepat sehingga kita merasakan seolah² itu perbuatan spontan. Mungkin tindakan kita itu mengambil masa yg kurang drp satu saat. Tetapi otak kita telah pun menterjemahkan proses tindakan kita itu dgn selengkapnya.

Sasaran: nyamuk di lengan kiri.
Tindakan: tampar dgn tangan kanan.
Objektif: membunuh nyamuk.

Kesemua yg di atas itu bergabung menjadi satu dlm niat kita semasa bertindak menampar nyamuk. Bukan setakat itu sahaja, malah lebih lagi;

Sebab tindakan: kerana gatal
Proses tindakan: tampar dgn cepat
Risiko: nyamuk lari, sakitkan diri sendiri

Dgn segala proses berfikir yg otak kita jalankan itulah maka kita bertindak menampar nyamuk itu dgn pantas, tetapi dgn kekuatan tamparan yg sederhana- sekadar cukup utk membunuh nyamuk, tanpa menyakiti diri sendiri.

Sekali lagi, ini semua hanya berlaku dlm masa kurang drpd satu saat. Dan masih juga dikatakan kita menampar nyamuk dgn niat.

Now, it’s your turn to relate it with the main issue.

Isu pakaian

Di dlm islam, ada 4 jenis pakaian yg haram dipakai:

1) Pakaian yg tdk menutup aurat – spt ketat, singkat, jarang, terdedah etc.

2) Pakaian yg membawa lambang kekufuran – spt pakaian berlogo salib atau pakaian yg melambangkan agama lain spt pakaian sami atau pakaian paderi.

3) Pakaian yg membawa watak jahat – spt ada gambar tengkorak, devil, pemujaan etc.

4) Pakaian yg pelik atau terlalu berlainan drp org lain, yg boleh menyebabkan si pemakai menjadi perhatian org ramai – spt memakai custom superman/spiderman/santa claus ketika hari2 biasa.

Setahu saya ini sahaja lah jenis pakaian yg diharamkan. Maka syirik sesiapa yg ‘mengharamkan’ sesuatu yg halal atau harus pada pandangan syarak.

Sesetengah org mempunyai masalah dari sudut mentaliti. Contohnya dia menilai pakaian jeans termasuk dlm kategori no 3) iaitu pakaian yg membawa watak jahat. Maka dia memandang serong pada si pemakai jeans. Masalah mentaliti ini tidak menjadi hukum, walaupun mentaliti itu dimiliki oleh seorang ustaz. Sudah cukup baik jika pakaian drp 4 unsur di atas dpt dielakkan dan kekemasan pakaian dijaga.

Dunia fesyen terlalu luas utk disempitkan dgn isu jenis dan buatan“.

Wallahu’alam.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.