Isu Niat & Pakaian

Posted in Umum with tags , , , , , on May 21, 2008 by khairulanarm

Isu niat solat

Semua ibadat - termasuk solat,puasa, zakat. etc hendaklah bermula dgn niat. Maka niat adalah perkara asas yg utama dan terpenting dlm proses ibadat. Memandangkan ia adalah perkara paling asas, maka sepatutnya ia juga adalah perkara paling mudah atau senang utk dilaksanakan. Kesukaran utk berniat dlm memulakan proses ibadat yg dihadapi oleh sesetangah atau mgkin kebanyakan org adalah berpunca drpd kekeliruan antara maksud niat dan melafazkan niat.

Niat adalah perbuatan atau urusan hati. Secara mudahnya, segala ibadat yg dibuat secara sedar atau disengajakan, bermakna ibadat itu dilakukan dgn niat. Melafaz niat adalah perbuatan mengucapkan atau melafazkan kata2 spt usolli fardu ….. atau nawaitu shoum… etc. Ini bukan erti niat yg sebenar. Sesetengah org kelihatannya spt sgt sukar utk berniat. Sehingga terpaksa mengulang-ulang niat. Ini sesuatu yg mustahil sebenarnya. Niat itu tidak sukar, yg menjadi sukarnya apabila mereka cuba utk mengatur perkataan atau maksud lafaz niat itu dlm hati mereka. Contohnya ketika mengangkat takbiratulihram “Allahuakbar”. Kesukaran timbul apb mereka cuba menyusun makna lafaz niat “sahaja aku solat fardu zuhur 4 rakaat kerana Allah Taala” itu di dlm hati seiring dgn lafaz “Allahuakbar”. Hal demikian mmg sukar dilakukan. Tetapi itu bkn niat spt yg dituntut oleh syarak. Niat itu hanyalah lintasan hati. Sesuatu pekerjaan yg dibuat secara sedar dan disengajakan sudah tentu si pelakunya mempunyai niat, walaupun dia tidak melafazkan niat tersebut. Cuba kita lihat 2 kes dibawah:

1) Saya menolak cawan yg berada diatas meja itu jatuh ke lantai.

2) Saya ingin mengambil sesuatu diatas meja, tetapi tangan saya tertolak cawan itu jatuh ke lantai.
Read more »

Berakidah Mengikut Acuan Rasul

Posted in Umum with tags , , , , , on May 21, 2008 by khairulanarm

Saya pasti kebanyakan kita cinta dan kasih kepada nabi Muhammad saw. Malah cinta dan kasih itu makin bertambah pada masa-masa menyambut dan memperingati hari kelahiran baginda. Seperti kata Muhammad Qutub: “Aku percaya Muhammad itu satu zat yang dicintai oleh kebanyakan orang, tetapi kekurangan kita ialah pada sudut mengikut rasul”. Saya tidak ingin menyentuh tentang perkara cinta dan kasih, kerana memang kita semua sedar tentang hakikat itu. Saya juga sudah menyentuh pada post Sikap Terhadap Rasul tentang kepentingan mengikut rasul dan menjadikannya sebagai contoh tauladan dalam kehidupan. Diharap agar semua jelas bahawa kecintaan kepada rasul itu bukan terletak pada sambutan maulid semata, tetapi pada pengamalan sunnah dan ajaran² baginda dalam kehidupan seharian.

Kali ini saya terdorong untuk menulis tentang sesuatu pada sudut yang lain pula; iaitu bagaimana sikap mencintai dan mencontohi rasul itu menjadikan akidah kita bersih daripada unsur syirik dan penyelewengan dalam beragama.
Read more »

Kasih Tercipta Daripada Susuan Ibu

Posted in Umum with tags , , , , on May 13, 2008 by khairulanarm

AIR susu ibu merupakan minuman berkhasiat untuk bayi terutama susu awal ibu iaitu susu yang mula-mula sekali keluar selepas seseorang wanita melahirkan anak.

Khasiat susu awal ibu dikaitkan dengan kandungan kolestrum yang berwarna kekuningan. Ia membekalkan antibodi daya tahan penyakit yang kuat kepada bayi.

Bayi yang minum susu ibu juga dipercayai mempunyai personaliti dan memiliki emosi yang stabil. Amalan menyusukan bayi turut berfaedah kepada ibu dalam membentuk tubuh yang langsing selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari.

Kewajipan ibu menyusukan anak terkandung dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang-orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan (bapa pula) memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya… ” – surah al-Baqarah: 233.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Arab dahulukala untuk menghantar anak mereka menyusu dengan seorang wanita di kawasan kampung.

Dua orang wanita yang diberi penghormatan untuk menyusukan Nabi Muhammad s.a.w ialah Suwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab dan Halimatus Saadiah daripada suku Bani Saad.

Selain menguatkan sistem imun badan, kanak-kanak yang menyusu susu ibu ini turut belajar bahasa Arab dan adab yang murni kerana luar bandar biasanya bebas daripada pengaruh kota.

Dengan menyusukan Rasulullah, nama Halimatus Saadiah dikenang sehingga kini. Inilah kemuliaan yang diperolehnya.
Read more »

Hati Seorang Wanita

Posted in Umum with tags , on May 13, 2008 by khairulanarm

HATI SEORANG WANITA :.

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Read more »

Kemalangan ngeri di Pelabuhan Klang

Posted in Umum with tags , , , on May 13, 2008 by khairulanarm

Tips jimat cermat

Posted in Umum with tags , , on May 13, 2008 by khairulanarm

Panduan langkah bejimat-cermat akibat kenaikan barang sekarang ni. Taktik basi yang masih berkesan oleh pemborong. Mula-mula ayam, lepas tu gula,lepas tu tepung sekarang ni beras pula berkurangan. Biasalah tu, sedar tak sedar semua barang dah naik harga seposen dua puluh sen hingga ke berRM-RM. Teringat lirik tulisan Allayarham JS Kevin (Alfatihah utk beliau) “orang buncit makan daging,yang kurus makan ikan masin..”

1. Kawal penggunaan kad kredit, melatih diri berbelanja ,emggunakan wang tunai.

2. Suri rumah digalakkan merancang jadual perbelanjaan keperluan rumah sebelum berbelanja agar kos bulanan dapat dirancang.

3. mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara pukal bagi mengurangkan kos pengangkutan, bayaran letak kereta dan masa

4. melakukan tinjauan perbandingan harga sebelum berbelanja

5. Golongan berpendapatan sederhana digalakkan melakukan kerja sampingan, antaranya jualan langsung atau berniaga kecil-kecilan
Read more »

Petua mujarab

Posted in Umum with tags , on May 13, 2008 by khairulanarm

1.Petua Cepat DiPinang – Banyakkan Meminum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka – Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
3.Menghilangkan Cagu – Potong Jari Yg Kena Cagu Tue…
4.Menghilangkan Bau Badan – Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut – Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak…
6.Melentikkan Bulu Mate – Pakailer Bulu Mate Palsu…
7.Melebatkan Rambut – Cari Baja Rambut…
8.Mengurangkan Dengkur – Kurangkan Tidur..
9.Menghilangkan Ketuat – Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya… .
10.Mengempiskan Perut – Jgn Makan & Jgn Minum…
11.Mengekalkan Kecantikan – Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2…
12.Menyegarkan Mate – Tuang Eye Mo…
13.Mengelak Rambut Gugur – Lumur Dengan Gam Gajah…
14.Menghilangkan Kelemumur – Gunekanlah Syampu Rejoice..
15.Menurunkan Berat Badan – Turun Ikut tangga kecemasan..
16.Mengatasi Tumit Pecah – Jalan Berjengket- Jengket…
17.Memerahkan Bibir – Pakai Lipstick arr..
18.Menghaluskan Kulit Muke – Gosok Dgn Kertas Pasir
19.Menaikkan Seri Muke – Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
20.Menghilangkan Bau Mulut – Minum Minyak Wangi

23 Perkara yang merbahaya dilakukan semasa memandu

Posted in Umum with tags , , , , on May 13, 2008 by khairulanarm

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

Memberi Dan Menerima Kritikan

Posted in Umum with tags , , , , , , on May 13, 2008 by khairulanarm

Baru-baru ni saya ada terbaca post-post berkenaan isu kritik mengkritik sekarang ini. Bagi saya dalam memberi dan menerima kritikan, tiada siapa pun yang akan terlepas daripadanya. Namun begitu, sebelum memberi kritikan, anda perlu tahu bagaimana untuk melakukannya dengan beradab dan sopan kerana jika tersalah kata akan membawa padah. Begitu juga bila anda menerima kritikan; perlu juga ada cara serta adabnya. Berikut adalah apa yang mungkin anda boleh lakukan apabila memberi dan menerima kritikan sama ada di pejabat, internet atau di mana-mana sahaja.

Memberi Kritikan

1 – Tidak kiralah apabila anda mengkritik seseorang disebabkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya, janganlah mengkritiknya secara kasar. Buat dengan cara yang sopan dan lembut. Anda boleh melembutkan ’serangan’ melalui cara yang berhati-hati dan bijaksana.

Sebagai contoh, jika rakan sekerja membuat kesilapan, jangan sesekali berkata “Anda salah, Bagaimana anda mendapat jawapan sedemikian?” Sebaliknya, anda boleh berkata, “Saya mendapat jawapan yang berbeza. Bolehkan kita memeriksanya sekali lagi?

2 – Jika seseorang mengkritik diri anda, apa yang sering kali mungkin anda lakukan adalah bersikap mempertahankan diri. Tetapi perlu diingat, setiap tindakan yang anda lakukan perlulah dihadapi dengan penuh tenang.

Sebagai contoh anda boleh berkata, “Saya fikir anda telah salah faham.” atau “Jika begitu, eloklah kita melihat apa masalah sebenarnya“, atau, “Saya fikir perkara berikut tidak benar.”

3 – Elakkan penggunaan perkataan ‘tetapi’ kerana kadangkala ia akan menyebabkan seseorang itu naik marah dan mencetuskan sikap mempertahankan diri.
Read more »

WinRAR

Posted in Software with tags on April 30, 2008 by khairulanarm

WinRAR

WinRAR is a powerful archive manager. It can backup your data and reduce size of email attachments, decompress RAR, ZIP and other files downloaded from Internet and create new archives in RAR and ZIP file format.

WinRAR – at a glance

# WinRAR is a powerful compression tool with many integrated additional functions to help you organize your compressed archives.

# WinRAR puts you ahead of the crowd when it comes to compression. By consistently creating smaller archives, WinRAR is often faster than the competition. This will save you disc space, transmission costs AND valuable working time as well.

# WinRAR supports all popular compression formats (RAR, ZIP, CAB, ARJ, LZH, ACE, TAR, GZip, UUE, ISO, BZIP2, Z and 7-Zip).
Read more »